Wednesday, 28 December 2011

wedding here and there





salam


last weekend totally awesome. selain kenyang perot makan kenduri tapi happy sangat dapat jumpa kawan lama especially ex-schoolmate masa mrsm. terus rasa rindu zaman duduk asrama even dulu sangatlah tak suka. yela jauh sangat hujung dunia. ( *_* )

tapi memang rindu zaman belajar kat mrsm selain scene i selalo ngantuk kat class tersengguk-sengguk then si akmal yang comel akan selalu urut-urut i supaya tak ngantok malang nye it become worse sape soh lembut sangat. i miss u lahh my dear akmal. paling tak boleh lupa sampi sekarang i tak tau sape yang tarik kerusi sampai jatuh macam nangka busuk. damn malu gila. ya i miss my school time. i miss time berlatih pantun dengan cikgu azaidi sampai kena marah. tapi dia jugak wat i gelak sampi nangis. ohhh i miss everything about mrsm beseri. ok tibe-tibe touching padahal awal-awal nak cerita pasal wedding my friend. stop the drama plis!

sabtu lepas pergi kenduri Liana & Khairi classmate masa kat uitm and anak blogger Puan Nani Rostam Khairi is my senior now lecturer kat Uitm Seri Iskandar. layankan je la gambar malas nak taip panjang-panjang sebab nyampah tengok gambar i senyum cam kerang busuk macam dia yang kahwin.heh!



tetamu kehormat



pengapit yang manis



khairi's family



yaaa its hanis zalikha. layankan diorang nak amik gambar sangat ngan hz .ohooo


gambar syok sendiri wajib ada


the next day, schoolmate masa mrsm kahwin. tahniaf Firdaus and suami diam-diam je depa.tuptup kahwin. i like. tak payah show off sana sini kahwin je terus. huuuu~ both pon nampak sepadan. yang penting dapat jumpa kawan lama. thats why semua gambar i senyum beria tak dapat sembunyi muka happy. ok memang selalo beria wat ape pon. yang penting i tetap selekeh.huhu


bakal pengantin amik berkat both my schoolmate



the doorgift
successfull classmate noble dihatiku

cik akmal pengantin to be

its was a great day ever.aicehhh. sape nak kahwin ajak i memang suka pergi kenduri kahwin sekarang tapi yang i kenal je la. ohh next year kena tempah baju banyak-banyak da berderet jemputan.pheww~~ 



congratulation untuk pengantin. wish u all the best in marriage life. i join u all next year.ahaha




thanks for reading.

Tuesday, 20 December 2011

Bulan islam

salam

hujun tahun pasti banyak lah kenduri kahwin sana sini. cuti sekolah kena grab peluang dengan harapan ramai sedara mara dapat datang. tak kan nak buat kenduri syok sendiri. tapi ada satu benda orang suka cakap bulan ni tak elok kahwin, bulan safar la muharam la. definitely i memang tak tau benda ni. Then when heard about it terus la google. kata ustaz sekarang canggih ada blog. so no more segan-segan kan. So nak share apa yang i jumpa.




“Sesungguhnya bulan-bulan di sisi hukum ALLAH ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) di dalam kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)."


(Surah At-Taubah: ayat 36)

 

Berkata Ibn Abbas: “…tentang ayat (Jgn kamu menzalimi diri kamu dlmnya), Dlm ke semua bulan, Allah telah memilih 4 bulan dan menjadikannya suci, menegaskan kesuciannya, berbuat dosa dlmnya adalah kesilapan yang besar dan mereka yang berbuat baik dlmnya akan digandakan kebaikannya.”


(Tafsir Al-Quranul `Azim Li Ibn Katheer)

  
segala kerja yang baik dan amalan kebajikan tiada halangannya untuk dibuat pada bulan Muharram, begitulah juga dengan bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah, hanya maksiat dan kezaliman saja yang dilarang lebih keras pada bulan-bulan yang lainnya. Perkahwinan mengikut pandangan Islam adalah satu amalan kebajikan bukannya amalan kezaliman dan maksiat, oleh itu tiada larangan dalam Islam untuk membuat kenduri kahwin dalam bulan Muharram.


Pada zaman Nabi saw, orang-orang Arab mengatakan bahawa berkahwin didalam bukan Syawal akan menyebabkan 'bad omen' atau tatayyur (التطيّر) ataupun mendatangkan petanda yang buruk. Nabi saw telah berkahwin dengan A'isyah ra. sepertimana yang diperkata oleh Urwah ibn Zubayr (hadith riwayat Muslim #1423] pada bulan Syawal bagi membukti kepercayaan orang-orang Arab akan 'kesialan' itu adalah palsu semata-mata



 

clear about it? so tak da yang tidak baik dalam bulan islam. pemahaman sesetengah orang je menjadikan benda tu tak elok. jangan risau if nak kahwin bulan safar ke syawal ke sebab nabi sendiri kahwin bulan syawal. pilih tarikh ikut kesuaian masing-masing. tak pon tanya tok kadi takut da fully booked.huuu




hope this can help u!

Friday, 16 December 2011

cerita dah basi

salam

sekejap je dah nak masuk tahun baru. it means tak lama dah.waaaa.cuak. tak pe rilek-rilek dulu cuak nanti. last weekend i spend time with my bff. she comes all the way from Ipoh ok to meet me.sweet tak. ok tipu dia nak pergi shopping je actually yela sale sane sini. so i rela hati la teman kan. at the same time jadi penasihat tapi tak berapa nak membantu.ahaha




sunway pyramid






the next day, i angkut nadiah kuar dengan bakal mil.aicehh dan-dan.. pity her terjebak plak tak pasal-pasal. yang penting i berjaya pujuk si ehemm tak payah masuk KL. jem kot plus super duper sesak. shah alam pon ok. since mil nak beli kain. some of the pictures from belas ihsan nadiah.hahaha.

persinggahan pertama Nagoya Bukit Rimau dalam Carrefour. for sure lengang! seronok sebab kedai dia besar pilihan kain sama banyak macam jalan tar. so tak perlu bersesak untuk pilih kain. tawaf 10x pon tak pe. tak kena himpit dengan SA. ishh i memang suka lah.




i captured senyap-senyap =P

confuse nak buat pilihan sebab semua pon i cakap cantik



then settle beli kain. survey something for hantaran at Empire Subang yang baru lepas meletup hari tu. tapi takda kesan meletup pon. ( * _ * ) again kat sini pon tak sesak macam mid valley or sunway. another kesukaan i. memang nak avoid tempat sesak.




nadiah cakap dia gemuk.tak pon!

i yang gemuk

sopan lah sangat.dush!



ye memang gambar i je banyak sebab nadiah pemalu. ( ^ _ ^ )  singgah jakel tapi sangat sesak tak jumpa what im looking for. huhu. RADIUSITE dah buka di shah alam. apa lagi harusla grab satu shawl dia. excited sangat masuk radiusite. deco kedai cantik tapi tak ambik gambar pon sebab segan. mampu depan pintu je.



kan da kata excited



gambar kelam dari blackberiiii




thanks to my bakal mil sebab melayan je i nak pergi sana sini. masuk keluar kedai. dia baik sangat tak banyak kerenah macam i.sobsob  ok. tu je.. minggu ni nak balik kampung makan rambutan. da~~



p/s : nadiah kata i menantu feveret. aiceh perasanla kau fana.:)

thanks for reading!

Friday, 9 December 2011

kepala pusing

salam

aish kepala rasa nak pecah sebab asyik kurang tido. bukan nya bangun tahjud tapi otak tak benti berfikir macam - macam. im totally stress. nak kahwin je pon bukan nak pergi berperang. ye benda baik selalu ada dugaan lately memang temper tahap dewa. macam singa kelaparan. ok bayangkan jap. semua benda nak melenting and jadi isu. ye yang jadi mangsa si dia. redha je lah kan dia dapat i yang pemarah. i know he struggling too.. ( *_* )

i think i should be thankul tak lalui proses bertunang yang lama bertahun. ala bukan nak buat grand pon tapi at least perfect di mata sendiri padahal bila orang tengok nanti errr biasa je. tapi tetap nak melenting jugak tapi thank god si dia sangat sabar kot walaupon kata-kata dia kadang annoying.


si ehem : u tak nak pakai braces ke?

me : asal plak my teeth in order ok

si ehem : u kan jongang

me : err bila masa nadiah yang doktor gigi pon tak cakap i camtu

si ehem : dia takut u kecik hati u kan cepat touching

me : ( *_* )




in other pon word walaupon menyakitkan hati kalau ingat balik memang kelakar. tapi mestila eksyen tak nak gelak depan dia kata ego melangit. yang paling penting die jujur sangat untuk i la. kalau diri dia memang tak pon. manjang kacak j.huh




me : i jumpa akmal tadi dia cakap i kurus sangat

si ehem : haa tang mana? biar betol. dia tak tengok peha u lagi tu ( sila baca dengan nada tak percaya)

me : terus letak telefon.dush!




my advise for those da merancang untuk kahwin. buat persiapan seawal mungkin.sebab hasil dia mungkin lebih baik and semua pihak akan berpuas hati. do survey the best price and try negotiate semurah mungkin.ahaha  kalau last minute memang ada adegan tak cukup tido, tak cukup makan or tak cukup kasih sayang. then kita boleh menikmati hari-hari terakhir bergelar bujang dengan indah bukan eye bag penuh mata. jangan risau kalau rasa tak cukup duit sebab rezeki datang dengan pelbagai cara. doa banyak-banyak ok.







ok readers have a nice weekend!


*** minggu ni ada date dengan doktor gigi.sukeeee


Friday, 25 November 2011

sales ! sales !

salam

since da nak end of year tak sah la kalau tak da sale. ape lagi jom perabis duit. some of recent sales yang i
jumpa dekat internet. awesome!







credit to shoppingnsales. for more info go to their website ok !


happy shopping !!!

Monday, 21 November 2011

Hukum memakai cincin suasa

salam

suka masa sibuk ( ??? ) bila sibuk otak kita tak fikir bukan-bukan jadi lebih fokus..errr betol ke. sebenar nak bagitau tengah sibuk sekarang. kat ofis tak sempat nak godek tenet pon. nanti nenek kebaya jeling-jeling tengok.ahaha. ( nenek kebaya ketua kita tau). sekarang tengah wat assesment untuk increment so kena behave baik - baik dengan harapan dapat markah tinggi melangit and bonus hebat ( * _ * )

sekarang suka membaca even through internet. tu je lah sources paling banyak plus menjimatkan kan. tapi still bercita-cita nak rajin beli buku ilmiah. bukan baca gosip je kat beautifulnara. hukhuk. rasa masih cetek sangat ilmu sebab baru tau






HARAM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA






huuu. untuk orang jahil cam i, memang baru tau benda ni.sobsob.( mak tak cakap pon )   ke korang tak tahu jugak. takpe lah kita share sama-sama ilmu tak bape nak adooo ni. naseb baik ustaz sekarang canggih ada blog so tak de lah segan-segan nak pi tanya.


Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :

"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."



1. kenapa haram?

haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana


sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:


 
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".
 
 
 
 
2. Malaysia ada keluarkan fatwa ke?
 
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.
***Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.
 
 
ok. JAKIM da kuarkan kenyataan pon so kalau nak argue lagi jangan tanya i pi pejabat agama eh... btw i da survey cincin suasa mahal okeyyy paling murah RM300++ . Tu pon yang plain biasa cam cincin dapat dekat mesin tuh.. So dah boleh berjimat kan...... ( si ehemmm sure panas hati .ohooo )
 
 



 
since kita nak buat benda baik so avoid kan lah benda-benda yang meragukan. tapi tak ragu dah la kalau da ada fact. fuhhh lega i'll almost buy it. blindly je nak beli without knowing its HARAM.
 
better late than never kan. hope this can help u.
 
 
suasuwei kemuning boleh tak??dushh!
 
 
 
 
 
 
p/s : si ehemm panggil i ustazah since i dok cakap pasal hukum hakam. fine jap lagi nak tarbiah u plak!


thanks for reading. take care!

Sunday, 20 November 2011

Blogger & D.I.Y

salam

seronok blogwalking sebab boleh tau banyak benda best. banyak sangat blogger-blogger b2b yang share
ilmu sampai tak terlarat nak baca. jeles nya nape diorang ni kreatif sangat. untunglah b2b alaf baru ni tak payah hire wedding planner, internet pon da cukup. syok kan. sangat berguna untuk orang yang blur and tak kreatif or inovatif cam i ni sensitif je yang da.dush!

ohh i memang tak layak nak tulis blog pasal wedding sebab nilai seni dalam diri ada 1% kot..huuu ~~ sebab tak da apa yang i d.i.y kan lagi for my wedding. hebat sangat. then sangat rilek and cool macam kahwin 10 tahun lagi. so sangat tak sesuai di jadikan contoh. errr orang baca pon belum tentu.

tapi,tapi hasil dari baca blog bagi idea sikit ( ke banyak jugak ) trus nak d.i.y jugak.. ok fine mudah nye terpengaruh. hasil belum tentu lagi yang penting semangat. dah tau sapa yang akan jadi mangsa partner untuk men-d.i.y ni. heee~~










agak-agak ni ape?? ohooo








kenapa beli kalau boleh buat sendiri kan? aicehhh ( walaupon da kena gelak.redho je )

kalau tak cuba memang tak tau tahap kreatif diri sendiri kan. eloo ni da bulan berapa sempat plak nak mendiy lagi


p/s : idea please behave baik-baik dalam kepala, keluar kan yang gojes j.heh!



Thanks for reading. tc!

Thursday, 17 November 2011

Hukum memakai inai bercorak

salam

masa orang lain sibuk  tengok bola macam biasa i akan avoid tengok. tapi doa dari jauh semoga menang. huuu. sibuk cari info menarik nak di kongsi la konon. tertarik bila baca satu blog pasal hukum pakai inai bercorak ni. sebab selalo tertanya boleh ke pakai, some said tak boleh haram, dosa. so bila baca dalam blog ni quite relief. phewww~~

hukum adalah HARUS. kalau rasa tak yakin lagi boleh baca blog ni inai or maybe can ask him for detail. tak nak was-was kan nanti jadi dosa plak sebab buat benda meragukan. yang penting corak tu tak payah la beria sangat. less is more. 


source by google




nak pakai ke tak?? tepuk dada tanya selera. jangan tepuk perut kuar angin.heh!



yang penting my mum da approved.=)

Friday, 11 November 2011

Attention !




salam
takda kata, nak tunjuk ni je.heii berpantun plak










nenek kebaya mesti setuju. =p


Tuesday, 8 November 2011

the one and only

salam

arini rasa tak mood betol sebab apa yang di rancang tak menjadi. aish sabar je lah. kena istighfar banyak-banyak dalam hati.huuu. tapi hati rasa tersentuh plak bila tengok gambar dalam hp. ok drama sangat.  raya haji baru-baru ni, balik kampung dekat negeri sembilan. alah negeri yang baru menang bola tuh.heh..

selalo ktorang akan masak ramai-ramai kat luar rumah. ala-ala rewang. ok adaptasi jawa. tapi kali ni tak ramai yang balik. maka cucu yang sorang ni la gigih dengan wan masak kat luar guna kayu api. tabah nak menghidupkan api sebab kayu basah baru pas hujan.





susah jugak nak menghidupkan api. yang tak menyala ni cucu dia yang pemalas tu tolong wat. tapi tak menjadi even kipas nak tercabut tangan plus terbatuk-batuk dek asap.


ok wan datang hulur kan bantuan sambil mulut membebel tak perasan yang cucu dia ni snap gambar senyap-senyap. ok fine api tak nyala ko dok amik gambar plak ye.




yeay dah nyala .rendang boleh siap cepat berkat usaha wan.harap kan cucu sampi ke esok lah tak masak. huuu
thanks to wan.


i called her wan sebab tu panggilan kalau kat negeri sembilan. the only grandmother yang saya ada while others had passed away. wan sangat garang. sampai sekarang pon. tapi lagi garang masa dia muda lah. sangat pembersih. dulu bila main-main kat tanah jangan harap nak naik atas uma dia mesti kena jerit. pastu lari lintang pukang tak pon naik atas rumah senyap-senyap masa dia tido. tapi biasala nenek mane tak sayang cucu ye dak, kalau dulu kena marah ngan abah wan la datang back up.

wan pakar masak. dulu kat kampung orang selalo panggil dia masak untuk kenduri. then sangat particular dengan bahan or cara nak potong. 'biar kencang kuah tu menggelegak baru tutup api' haa tak payah masuk master chef pon ada yang kritik. sampai sekarang kalau nak masak pape dia tak hadap pon nak suruh orang lain buat lagi-lagi cucu yang sorang ni potong bawang memang potong bukan racik halus-halus.bila di tegur terus tak nak buat.huuuu~ wan memang agak laser mungkin bau-bau bacang orang melaka. sapa yang tak biasa dengan bahasa dia memang touching abis lah.

still sihat lagi tak da pape penyakit even darah tinggi  umur dah 80 lebih ok. rahsia dia? sila pilih makanan anda jangan main bedal j. banyak benda yang dia tak makan. sebab tu tak da sakit kot. plus dia selalo cerita muda-muda kerja kuat tanam padi, menoreh getah, jaga lembu. tak duduk diam. ni tak memang duduk diam je la sepanjang hari depan tb tak pon depan komputer. dia suka bercerita tapi kadang tak larat dengar sebab dah ulang banyak kali cerita tu.ohooo. tapi layan kan aje la.. dari dulu wan selalo panggil saya ina tertukar dengan ana. redho je walaupun nama da bertukar jadi ina. ina?errrr

dulu kecik-kecik tak suka dia sebab dia garang. yelah. da dok sebelah uma, tak ke muka ni jugak hari-hari wat dia marah sepah kan laman penat dia sapu. sekarang bila dah besar dah jauh rindu plak masa-masa dulu. saya sayang wan even selalo terasa hati wan perli-perli padahal dah memang tau dia macam tu. orang tua kan. dulu dia mengalah dengan kita, sekarang kita la plak mengalah. takda lah nanti bila dia dah takda baru nak terkilan tak sudah. harap wan takda kecik hati dengan saya.





thanks for reading

Saturday, 5 November 2011

love song


happy weekend!


It’s been said and done
Every beautiful thought’s been already sung
And I guess right now here’s another one
So your melody will play on and on, with best we own
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A center full of miracle, lyrical
You’ve saved my life again
And I want you to know baby

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
 
Cursing me, boy you played through my mind like a symphony
There’s no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I’ve been rescued
I’ve been set free
I am hyptonized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are…I want you to know baby

 
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep it in re-pe-pe-peat

No one can pause
You stand alone, to every record I own
Music to my hear that’s what you are
A song that goes on and on

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep it in re-pe-pe-peat
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I love you…like a love song…






 mode : tangkap cintan sorang-sorang.heh!


** jatuh cinta dengan kecomelan selena gomez but why justin bieber?? huuu

Wednesday, 2 November 2011

cerita orang perasan

salam

cerita korea baru habis semalam maka malam ni boleh update blog dengan bahagia. semalam jumpa kawan baik masa sekolah ( sekarang dah tak baik k? ishh baik ok ).. memang rapat sekelas plus selalu study sama. lama kot tak jumpa adalah bertahun. padahal keje area yang sama putrajaya je kot. fine nak kata busy lah tu.

seronok sangat masa jumpa tak da segan silu terus depan a&w tu jugak nak berborak sebab selalo kalau jumpa kawan lama segan-segan nak cakap konon janggal lahh sangat kan sebab lama tak jumpa. of course share good news with her. happy nyaaa.ok beria.

then first things yang die captured she's said " kurus nya fana " .. ye memang kasi bold takut korang tak nampak plak.muahaha. perasan sungguh.  what? tang mana yang kurus tuh? respon si ehemm  bila cerita kat dia. memang buat hati panas j. actually tak kurus mana pon. sebenar nya masa sekolah agak berisi dari sekarang. so most of my friend masa sekolah akan cakap saya kurus. duduk asrama plak makan nasi kawah yang sentiasa buat mengantuk je sepanjang masa. dulu kat asrama setiap hari jumaat menu tengah hari nasi ayam. ayam dia plak besar tak payah cakap la memang tak jumpa dah sekarang. lepas pekena sepinggan yang menggunung tuh sure laklok. yang best nya hari jumaat tak payah pergi prep maka akan tido sampai ke petang. tabiat tu berlanjutan selama 2 tahun hasil dia badan macam di pam-pam. nak tengok? please lahh kata tak nak.huuuu










nampak mengah gila.huh!



haa dok gelak lahh tuh. tak pe2... ok tak malu pon reveal gambar ni sebab tak da dulu tak da la sekarang kan ( nada nak angkuh j.dush ! ).
agak nya kalau si ehemm  tengok masa ni sure tak pandang.

tunjuk satu je lah eh takut ada yang guling-guling gelak sampai kena sembelit. dulu berat lebih 50kg sekarang 4+ kg je. aicehh tak banyak beza pon. memang pon sebab sekarang sama je mungkin lemak kat pipi tuh dah transfer ke peha.huuuuu











peha yang semakin hari semakin besar.uwaaa.need help. saya tak kurus.sekian.


nak pergi masak spageti ada orang mengidam. bye!



p/s : why im calling him ehemm sebab dia suka berdehemmmm



Thanks for reading.

Saturday, 29 October 2011

rojak punya cerita

salam

orang sibuk tengok bola tapi saya sibuk mengedit blog sambil tengok master chef malaysia. yang pasti mestila sokong HOBIN JANG HOBIN.. ehem tu pergi tengok plak kan. kalau kalah boleh booo dia.. tak suka tengok bola paham tak, lama nak tunggu abis pastu cuak dia kalah rasa masa nak akad nikah. ok bila masa plak kahwin. tipu. tapi yang pasti tak sanggup tunggu nak tau result je. boleh?

tapi-tapi kadang-kadang kena korban kan apa yang kita tak suka untuk partner kita lah. fine pas tengok bola u teman i shopping tak kesah uptown pon sebab shopping mall dah tutup.ok ayat memang memeras ugut. adik-adik di larang guna.ok topik malam ni marilah kita berkorban sempena raya korban ni.dush!

sebenar nya nak cakap dalam relationship tuh kena la tolak ansur. macam dia sokong kita , kita sokong dia tapi dalam hati mintak balasan.hahaha memang kejam. tapi kalau lebih ke belah dia macam mane? pe lagi blah lah.ohoo. jangan pergi dulu usaha lah sikit. macam puji dia ' u know what u je yang nak datang tengok i main futsal kawan i bf dia semua tak nak pergi sebab malu dengan budak ofis' ( padahal baru je nak ajak dia temankan ) terus berkobar-kobar dia nak pergi. puji-puji sikit bagi cair.

tak berkesan langsung? hmm buat benda-benda yang dia suka contoh ' i ingat nak ajak mak u makan lah ur mum suka seafood kan ada restoran ni best kawan i cakap. mak u mesti suka' ( dalam hati sendiri yang teringin nak makan =P ) aishh kalau dah sebut mak tuh mestila si dia suka kan.sebab selama ni bila tau nak jumpa mak si dia selalu mengelak konon tak sedia sangat lahhhh.ciss! then bila kita beli pape or pergi mane-mane belikan lah something untuk mak si dia manjang makcik tu je yang bagi macam-macam memang nampak sangat kedekut tuh. bila si dia tengok sure sejuk je hati. memang i sayang u lebih lahhh.aicehhh

tapi dia tak penah bawak jumpa mak dia pon..what? aishh parah ni. tak pe baru kenal tak payah lah beria terus bawak jumpa mak kan tapi kalau da 4,5 tahun bercinta memang melampau tak pon mak dia ada somewhere yang tak dapat di kesan. ( kalau lah boleh fikir positif camtu.huuu ) mungkin belum sedia nak ke tahap seterusnya and kita je tangkap cintan sorang-sorang. tak pe buat pilihan yang tepat sebab kamu yang rasa kamu yang tau. ok fine sebenar nya nak cakap apa.its a random writing.tulis apa yang ada dalam kepala..sobsob

sesetengah orang boleh tunjuk diorang punya feeling in public bukan nak show off tapi dia punya suka la kan. tapi ada yang choose to be silent antara kita tau sudah lahhh. malu ok. ( thats me ). yelah macam rasa tak da pape lagi cam beria je.. bayangkan kalau mak baca kt fb. blushing 4hari 4malam.

kalau boleh memang nak avoid reveal gambar-gambar gedik ngan pasangan ni tapi atas permintaan saya letak satu yeee sebab kami sedang menuju ke arah itu.doa kan! ( ehemm jangan marah eh =) )













letak kecik je kalau gambar orang lain nak letak besar-besar plak.heh! ok la tuh dari tak da.



thanks for reading.

Wednesday, 26 October 2011

Life as we knew it

salam


sekarang nisbah update blog sebulan belum tentu sekali. dulu masa baru tulis blog brkobar-kobar nak cerita macam-macam. sekarang haram. huhu. banyak benda menghalang even macam-macam benda nak mengarut. malam ni tak boleh tido gara-gara bunyi mercun tak berhenti macam malam merdeka. Raya kata nya. tak pela 1 Malaysia kan.redho je lah.

mood sekarang rasa down..perlukan kata-kata semangat.aiceh serius sangat ni. well hidup tak selalu happy ye dak. biasala ups and downs. yaaa He's know better. Hope im in the right path and in YOUR guidance.




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 


"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

 
 






Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "
(Hadis riwayat Imam Bukhari).   

Friday, 26 August 2011

di tinggal tak berteman

Salam

Hmm lame tak update blog.sedih blog terkontang kanting tak berisi
Macam-macam nak cerita tapi bulan ni banyak sangat kerja hari-hari pon balik lambat
Tengah testing blogging dari hp.while sidia driving.



Ok selamat hari raya semua.maaf zahir dan batin



Take care.wait for my bubbling =p

Tuesday, 9 August 2011

bertabahlah..

salam




maaf tak da entri baru


takda bebelan panjang-panjang


takda cerita mengarot berjela-jela


takda gambar best-best nak upload






TIADA







saya sibuk kalah menteri.huhu

p/s : oh rindu nak mengarot

Wednesday, 27 July 2011

wordless wednesday =P

aicehhh die pon nak wordless jugak










Have a nice day everyone. ( ^ _ ^ )

Sunday, 24 July 2011

A Picture is Worth a Thousand words

assalamualaikum,

baru dapat gambar dari photographer my bro wedding aritu. suka sebab banyak pictures behind the scene yang described truly malay culture. untuk tak lupakan orang-orang kuat di belakang tabir majlis layan kan gambar-gambar ni. diorang super cute !








dan tak dilupakan gambar wajib ahli keluarga. mari kita berkenalan !

mak dan mak long ( truly kelantanese )

adik lelaki dengan ray ban pinjam kakak dia

mak jang's family

adik bongsu
ye yang bajet gorgeous si hidung kembang

semua pon cantik semua pon menarik tapi tak mampu nak upload semua. saya suka kenduri sebab boleh jumpa sedara mara. =P

thank you for reading