Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Saturday, 18 February 2012

Masjid ke rumah?

salam ujung minggu,

di saat - saat akhir nak majlis ni memang tak menyempat nak update blog. tapi nak share jugak something yang berguna untuk readers sekalian alam. ye macam ramai orang baca blog ko fana. ada isu berbangkit pasal nikah di masjid or di rumah. banyak pendapat pulak pasal benda ni. then i google la ape lagi. lets share ape yang i jumpa

menurut Datuk Ahmad Jusoh anggota Majlis Fatwa Perlis ,

  
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah,



Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda


tapi jangan risau yang nikah di masjid sebab penggunaan masjid sebagai tempat bernikah tidak bertentangan dengan islam dan boleh di amal kan selagi ia mengikut peraturan di tetapkan agama.


contoh :

  1. berpakaian sopan menutup aurat 
  2. menghormati masjid dengan tidak membuat bising dan bergelak ketawa
  3. perempuan di dalam haid tidak dibenarkan berada dalam masjid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

yelah kalau dalam satu kariah ada 10 pasangan pengantin jenuh jugaklah imam nak pergi satu-satu umah. lebih memudahkan lah kalau setempat kat masjid.

jelas? sebenar nya islam itu memudahkan kita. untuk mengelak kan jadi benda-benda kurang elok sebab tuh tak di saran kan menikah di masjid. mungkin niat kita dah betul tapi yang datang tu belum tentu kita dapat kawal kan. so pilihan di tangan sendiri ikut kesesuaian masing-masing. wallahualam.



thanks for reading. take care everyone :)






Friday, 6 January 2012

obviously no title

salam








Anggap setiap saat terlalu berharga untuk risau dan fikir bukan bukan. Kerisauan membunuh jiwa

 
Prof Dr Muhaya
 
 
 
bersabarla fana

Tuesday, 20 December 2011

Bulan islam

salam

hujun tahun pasti banyak lah kenduri kahwin sana sini. cuti sekolah kena grab peluang dengan harapan ramai sedara mara dapat datang. tak kan nak buat kenduri syok sendiri. tapi ada satu benda orang suka cakap bulan ni tak elok kahwin, bulan safar la muharam la. definitely i memang tak tau benda ni. Then when heard about it terus la google. kata ustaz sekarang canggih ada blog. so no more segan-segan kan. So nak share apa yang i jumpa.




“Sesungguhnya bulan-bulan di sisi hukum ALLAH ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) di dalam kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)."


(Surah At-Taubah: ayat 36)

 

Berkata Ibn Abbas: “…tentang ayat (Jgn kamu menzalimi diri kamu dlmnya), Dlm ke semua bulan, Allah telah memilih 4 bulan dan menjadikannya suci, menegaskan kesuciannya, berbuat dosa dlmnya adalah kesilapan yang besar dan mereka yang berbuat baik dlmnya akan digandakan kebaikannya.”


(Tafsir Al-Quranul `Azim Li Ibn Katheer)

  
segala kerja yang baik dan amalan kebajikan tiada halangannya untuk dibuat pada bulan Muharram, begitulah juga dengan bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah, hanya maksiat dan kezaliman saja yang dilarang lebih keras pada bulan-bulan yang lainnya. Perkahwinan mengikut pandangan Islam adalah satu amalan kebajikan bukannya amalan kezaliman dan maksiat, oleh itu tiada larangan dalam Islam untuk membuat kenduri kahwin dalam bulan Muharram.


Pada zaman Nabi saw, orang-orang Arab mengatakan bahawa berkahwin didalam bukan Syawal akan menyebabkan 'bad omen' atau tatayyur (التطيّر) ataupun mendatangkan petanda yang buruk. Nabi saw telah berkahwin dengan A'isyah ra. sepertimana yang diperkata oleh Urwah ibn Zubayr (hadith riwayat Muslim #1423] pada bulan Syawal bagi membukti kepercayaan orang-orang Arab akan 'kesialan' itu adalah palsu semata-mata



 

clear about it? so tak da yang tidak baik dalam bulan islam. pemahaman sesetengah orang je menjadikan benda tu tak elok. jangan risau if nak kahwin bulan safar ke syawal ke sebab nabi sendiri kahwin bulan syawal. pilih tarikh ikut kesuaian masing-masing. tak pon tanya tok kadi takut da fully booked.huuu




hope this can help u!

Friday, 9 December 2011

kepala pusing

salam

aish kepala rasa nak pecah sebab asyik kurang tido. bukan nya bangun tahjud tapi otak tak benti berfikir macam - macam. im totally stress. nak kahwin je pon bukan nak pergi berperang. ye benda baik selalu ada dugaan lately memang temper tahap dewa. macam singa kelaparan. ok bayangkan jap. semua benda nak melenting and jadi isu. ye yang jadi mangsa si dia. redha je lah kan dia dapat i yang pemarah. i know he struggling too.. ( *_* )

i think i should be thankul tak lalui proses bertunang yang lama bertahun. ala bukan nak buat grand pon tapi at least perfect di mata sendiri padahal bila orang tengok nanti errr biasa je. tapi tetap nak melenting jugak tapi thank god si dia sangat sabar kot walaupon kata-kata dia kadang annoying.


si ehem : u tak nak pakai braces ke?

me : asal plak my teeth in order ok

si ehem : u kan jongang

me : err bila masa nadiah yang doktor gigi pon tak cakap i camtu

si ehem : dia takut u kecik hati u kan cepat touching

me : ( *_* )




in other pon word walaupon menyakitkan hati kalau ingat balik memang kelakar. tapi mestila eksyen tak nak gelak depan dia kata ego melangit. yang paling penting die jujur sangat untuk i la. kalau diri dia memang tak pon. manjang kacak j.huh




me : i jumpa akmal tadi dia cakap i kurus sangat

si ehem : haa tang mana? biar betol. dia tak tengok peha u lagi tu ( sila baca dengan nada tak percaya)

me : terus letak telefon.dush!




my advise for those da merancang untuk kahwin. buat persiapan seawal mungkin.sebab hasil dia mungkin lebih baik and semua pihak akan berpuas hati. do survey the best price and try negotiate semurah mungkin.ahaha  kalau last minute memang ada adegan tak cukup tido, tak cukup makan or tak cukup kasih sayang. then kita boleh menikmati hari-hari terakhir bergelar bujang dengan indah bukan eye bag penuh mata. jangan risau kalau rasa tak cukup duit sebab rezeki datang dengan pelbagai cara. doa banyak-banyak ok.







ok readers have a nice weekend!


*** minggu ni ada date dengan doktor gigi.sukeeee


Wednesday, 29 June 2011

Islam itu indah..

salam israk mikraj

kemain bagi salam mentang puasa kan.ok bukan nak bagitau im fasting today tapi nak kabor  hujan mencurah-curah dari pagi bawak rahmat sempena israk mikraj.aicehh kemain cakap.disebabkan hari yang penuh keberkatan ni mari kita berkongsi benda-benda yang lebih berpekdah bukan setakat cerita weekend buat apa, pergi mana.

arini nak cakap pasal potong kuku ( since semalam baru potong kuku ) dan hobi juge adalah memotong kuku pantang panjang sikit nak potong sampai kena isi. memang tak cantik jangan tiru tapi yang penting bersih tak ragu2 nak jilat jari..
memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah, atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim. Anas meriwayatkan bahawa :

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari"
[Hadith Riwayat Muslim #258].
 
Secara khususnya, memang tidak ada hadith khas berkenaan dengan memotong kuku pada hari Jumaat. Secara umumnya, amalan memotong kuku ini termasuklah amalan membersihkan diri bagi persediaan solat Jumaat. Umat Islam dituntut agar membersihkan diri pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Sabda Nabi saw :-
 
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
 






ok selama ni potong kuku ikut suka hati je. then bila dah terbaca benda ni memang niat nak buat tapi malang nye selalo lupa.. nak dapat pahala free pon susah. kan lebih berkat hidup kalau ikut sunnah nabi. ok sekarang berazam mahu mengikut seperti yang dah di buat oleh nabi. sila baca dengan mood insaf dan tawaduk.


ok.take care. selamat berpuasa bagi yang puase je =)