Wednesday 14 September 2016

Ujian Tanda Allah Sayang

Salam

Been awhile since last post. aiceh cakap omputih mak kau. haha. Today quite gloomy sebab malam tadi mimpi sedih. huhu. Cakap pasal ujian kadang rasa hidup ni banyak nya nikmat Allah bagi. Sampai rasa takut sebab kesenangan tu pon salah satu ujian. Sebagaimana banyak nya nikmat yang Allah bagi pasti banyak jugak ujian nak kena tempuh.

Slalo fikir orang cari kita  bila diorg susah je. nak mintak tolong tu ini. Rasa terbeban. Ikhlas tu jangan cerita lah kalau dah rasa terbeban. Tapi i have read one articles, Allah kabul kan doa diorang melalui kita. Means kita lah yang di pilih untuk tolong diorang. Is that good? Of course lah kan. So ikhlas kan hati jangan fikir bukan2. Maybe ni bahagian kita plak di uji sejauh mana ikhlas memberi pertolongan. Ya Allah jauh nye saya dari ikhlas kadang suka nak negatif je. Lagi hangin klu dah di tolong tanya kau ikhlas tak ni?? wohaaa kau rase nak jawab pe?? ishh tumbuk hang.

Alah ape lah sangat ujian kecik ni nak di banding kan dengan orang lain. Jangan tengok atas je cube tengok bawah plak. insaf tak insaf while others struggling to live and eat, kau tengah2 bulan boleh shopping online lagi. pastu nyesal sebab jumpe lagi lawa. huahua.

Baru ni ig kena hack hoi trganggu emosi jap. Punyela hebat penangan ig kan sampai terkesan emosi.
Yela sebab ig je tempat nak bersosial lepas decide nak tutup fb. Haa ni pon kira reminder jugak sebab dok hadap ig je sudah nya kena hack. Padan muka!


Sekian luahan hati kak peah. Syahdu ni pagi hari tunggu nenek kebayan balik.

Till next entry.

Bye!

Friday 22 April 2016

Azam 2016

Assalamualaikum dunia,

Aicehh salam dia macam 1 dunia baca. Wallah da 3 tahun dik non tinggal blog. Password pon tak ingat ape dah. Alhamdulilah life was great even with ups and down. Last blogging time bersalin now nak ngandung balik da pon. akak takde cite dik. ** nangis bucu katil.

Azam tahun ni NAK MENGANDUNG. Sekian. Bahaha. Eh ni serius. Doakan ye.



Aisy Al Fayyadh

Budak ni kena iron malam ni. Tinggal sekejap je da selamat kena iron. Takpe lesson learn ye nak. Please stay away from that thing after this.Being a mom definitely not easy ye. Macam main layang-layang, bila kita tarik beria dia takkan terbang tinggi (how they can learn more kan) tapi kalau kita lepas kan sangat dia akan terbang tinggi sampai kita dah tak tercapai. By that time mesti kita menyesal kenapa dulu kita tak buat tu ini. So macam mana nak bagi win-win situation both we as a parent and the children.

Ya Allah do guide us along this journey. Semoga kita ibu bapa dapat jalankan tanggungjawab dengan baik. Anak-anak adalah satu ujian. #selfreminder

 Bye! Till next entry ** please read 3years later.bahaha


Thursday 14 March 2013

housewife sementara

Salam

Rajin plak kan nak update blog. Anak tido mak bosan terus capai hp. Minggu ni last nak bersenang lenang kat uma sebelum masuk kerja. Eh sape kata bersenang lenang. Ingat jadi housewife senang ke? Langsung tak ye adik-adik. Baru berapa minggu duduk rumah sendiri i dah stress. Dulu pantang bahagia duduk uma mak. Baring je layan anak. Sekarang tak cukup tangan nak buat kerja. Ohhh jerit kuat-kuat padan muka.huhu.

Ingat bolehla rehat anak tido. Tapi masa tu la nak wat kerja. Tak ke meroyan nak biar baju tak berbasuh, rumah tak berkemas haa perot lapar sape nak masak kan. Ingat mak dekat nak anta lauk. Mak mertua dekat tapi i segan u even mil jenis tak kesah.kan mama :D

 i kagum dengan housewife yang mampu duduk rumah & buat semua kerja dengan tiptop. Sebab kadang (macam selalu je) merungut jugak penat kena wat kerja banyak.hewhew. so jangan pandang rendah , hina, mengata perempuan yang jadi housewife.

Since i pakai hp susah plak nak selit-selit gambar.so i tepek je la kat bawah ni ye. Btw berat turun lagi.hiphiphoorey :p


Si kecik ni dah 2bulan. Muka confius apa mak aku wat ni


Ok. Nak berehatan sementara anak tido. Tido lame-lame ye aisy.


Thank you for reading. Tc!





Tuesday 5 March 2013

im back !

Salam

Wahh after so many months baru kau nak hapdat blog. Nape tak cukup kan pat tahun. I busy uolss. Busy buat anak.kihkih. Rindu nak mengarut , even syok sendiri. Naseb baik password betol kalau tak kem salam.

Banyak dah jadi setahun ni. Lepas kahwin jadi bini mithali tak bukak blog.haha tipu sangat fb kau bukak 4saat sekali. Fine la. Actually jadi malas sangat nak blogging. I was thinking patut tak i continue story my life kt blog ( takut ada yang jelak :D)

Btw i dah jadi mak bukan mak-mak. How time flies suddenly i got a baby. Cepat nya masa berlalu. Definately life change 360°. But it good changes. Sesuai la dengan pertukaran status kan. Over la dah jadi mak nak tido terbongkang lagi. Dan seharus nya selamat tinggal tido lena di malam hari.pheww

Entry pendek dulu tengok market ada yang baca tak.huhu. introduce to you my little son exclusive sangat.haha


Aisy Al Fayyadh




Thank you for reading. Have a nice day :)

Sunday 13 May 2012

Berhabuk sudah ( $ ___ $ )

ok. blog da jadi lain rupe nya rasa macam bertahun tak bukak. i got message from my friend cakap pe kejadah ada blog tapi tak update! private lg!! ok. sentap mak. now kobar-kobar nak update blog. haa ape korang nak tau selain perot berisi? ohooo

alhamdulillah dah dua bulan kahwin im improving myself better. contoh masak sampai suami makan tak pandang kiri tapi tak dapat tambah sebab bini masak cukup-cukup. ahaaa nasebla kan. tak nak membazir plus jaga badan konon. padahal yang naik badan si bini bukan laki  ( T ___ T )

sedang menambah barang-barang rumah ( nak elak bergema takut jiran dengar :P ) bolehla. sikit-sikit kan. betol orang cakap jangan berabis sangat masa kahwin sebab lepas kahwin definately u have to spend more unless nak menumpang kasih rumah mak. for me eager nak deco rumah dari berjalan. cukupla dulu berdating tiap minggu mengabiskan duit sekarang duduk uma diam-diam! sape nak jumpe i, datang rumah ye. wah kau ingat kau artis.huhu

i rasa bertambah rajin pas kahwin ok menangis kalau mak baca. sebenarnya terpaksa bukan nak rajin sangat. been there done that la kan. sapa lagi kau nak harap tak kan nak soh mak mertua basuh kan baju. memang annoying la. xpela mula-mula macam terpaksa then rela. #sedapkanhatisendri

luckily duduk dekat dengan rumah mak and mertua. tak perlu nak lalu highway balik kampung. boleh balik hari and jumpa selalo.thankful sangat. ( MIL slalo bagi lauk :) )  tapi untung jugak yang kahwin jauh sebab boleh sedara mara pergi menghantar jauh sikit ni pusing pusing tang tu jugak. ok da macam mak bedah bagi tarbiah. skill menulis menurun 18% sebab dah lama tak tulis blog. nanti i perah otak lagi ye. jom tengok muka bahagia!






annoying tak? haha. ok cukup lah. nanti i update gambar kahwin plak bagi korang tengok sampai muntah




thanks for reading!

Saturday 18 February 2012

Masjid ke rumah?

salam ujung minggu,

di saat - saat akhir nak majlis ni memang tak menyempat nak update blog. tapi nak share jugak something yang berguna untuk readers sekalian alam. ye macam ramai orang baca blog ko fana. ada isu berbangkit pasal nikah di masjid or di rumah. banyak pendapat pulak pasal benda ni. then i google la ape lagi. lets share ape yang i jumpa

menurut Datuk Ahmad Jusoh anggota Majlis Fatwa Perlis ,

  
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah,



Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda


tapi jangan risau yang nikah di masjid sebab penggunaan masjid sebagai tempat bernikah tidak bertentangan dengan islam dan boleh di amal kan selagi ia mengikut peraturan di tetapkan agama.


contoh :

  1. berpakaian sopan menutup aurat 
  2. menghormati masjid dengan tidak membuat bising dan bergelak ketawa
  3. perempuan di dalam haid tidak dibenarkan berada dalam masjid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

yelah kalau dalam satu kariah ada 10 pasangan pengantin jenuh jugaklah imam nak pergi satu-satu umah. lebih memudahkan lah kalau setempat kat masjid.

jelas? sebenar nya islam itu memudahkan kita. untuk mengelak kan jadi benda-benda kurang elok sebab tuh tak di saran kan menikah di masjid. mungkin niat kita dah betul tapi yang datang tu belum tentu kita dapat kawal kan. so pilihan di tangan sendiri ikut kesesuaian masing-masing. wallahualam.



thanks for reading. take care everyone :)






Saturday 4 February 2012

one step closer

salam


aish lama tak ber update blog. sibuk macam biasa. bila ada masa free malas ya amat. padahal macam-macam idea dalam kepala nak cerita. yela bila cuti sibuk nak urus hal kahwin. oh ye i nak kahwin dah bulan depan. ye bulan depan. feel dia macam tahun depan boleh? rilek tak ingat. end up last minute kelam kabut macam ribut. bila dah tinggal masa tak seberapa ni feel sedih plak pagi-pagi bila drive pergi kerja. nanti dah kahwin.dah tak lalu jalan yang sama pergi kerja. dah tak salam mak pagi-pagi. dah tak tengok tanyalah ustaz. kalau mak tak bukak haram nak nengok.

SEDIH. sebab tu tak cukup masa dok feeling je keje. huhu. mestila mak paling cool. sebab jarang bebel or bising-bising. si ehemm tu lagi kuat bebel. errr... ceritala pape kat mak sure dia cool je tak penah nak gelabah or melenting. 1 hari tuh purse i hilang bila ingat last pegang kat surau petrol pump. gelabah col mak bagito


me : mak purse orang cicirlah kt petronas

mak : oh pergi la amik balik

me   : ishh takutlah kalau orang amik

mak : tak jangan risau ada tuh


ok tu perbualan ngan mak kan. bila cerita kat ehemm tu tengok pe dia cakap


me : purse i tertinggal kat petronas lah

him : haaa camne boleh tinggal bla,bla,bla

me  : stressss


purse tu berjaya je jumpa. tapi bebelan si ehem tu tak sudah. 3 hari 3 malam dok sebut.aishhh opposite gila kan. naseb la. ( T ________ T ) goodluck la ye fana.



thanks for reading!

p/s : nak boh gambar pre wed baru amik macam gedik tak? ok. nanti kena bebel lagi.bye!