Monday 21 November 2011

Hukum memakai cincin suasa

salam

suka masa sibuk ( ??? ) bila sibuk otak kita tak fikir bukan-bukan jadi lebih fokus..errr betol ke. sebenar nak bagitau tengah sibuk sekarang. kat ofis tak sempat nak godek tenet pon. nanti nenek kebaya jeling-jeling tengok.ahaha. ( nenek kebaya ketua kita tau). sekarang tengah wat assesment untuk increment so kena behave baik - baik dengan harapan dapat markah tinggi melangit and bonus hebat ( * _ * )

sekarang suka membaca even through internet. tu je lah sources paling banyak plus menjimatkan kan. tapi still bercita-cita nak rajin beli buku ilmiah. bukan baca gosip je kat beautifulnara. hukhuk. rasa masih cetek sangat ilmu sebab baru tau






HARAM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA






huuu. untuk orang jahil cam i, memang baru tau benda ni.sobsob.( mak tak cakap pon )   ke korang tak tahu jugak. takpe lah kita share sama-sama ilmu tak bape nak adooo ni. naseb baik ustaz sekarang canggih ada blog so tak de lah segan-segan nak pi tanya.


Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :

"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."



1. kenapa haram?

haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana


sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:


 
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".
 
 
 
 
2. Malaysia ada keluarkan fatwa ke?
 
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.
***Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.
 
 
ok. JAKIM da kuarkan kenyataan pon so kalau nak argue lagi jangan tanya i pi pejabat agama eh... btw i da survey cincin suasa mahal okeyyy paling murah RM300++ . Tu pon yang plain biasa cam cincin dapat dekat mesin tuh.. So dah boleh berjimat kan...... ( si ehemmm sure panas hati .ohooo )
 
 



 
since kita nak buat benda baik so avoid kan lah benda-benda yang meragukan. tapi tak ragu dah la kalau da ada fact. fuhhh lega i'll almost buy it. blindly je nak beli without knowing its HARAM.
 
better late than never kan. hope this can help u.
 
 
suasuwei kemuning boleh tak??dushh!
 
 
 
 
 
 
p/s : si ehemm panggil i ustazah since i dok cakap pasal hukum hakam. fine jap lagi nak tarbiah u plak!


thanks for reading. take care!

No comments: