Thursday 30 June 2011

salam

oh saya rasa serba salah. ni semua gara-gara abang saya nak kahwin. rasa dah jemput semua orang tapi ternyata silap ade jugak kawan yang tercicir dari senarai jemputan. sori sangat sebab dengan confident rasa dah jemput semua kawan.serta merta jadi tak sedap hati bila tau ade yang kecik hati.. alahai baru abang kahwin kot fana bukan kau yang kahwin. ok kerja kahwin memang melibatkan hati dan perasaan kan.. uwaaaa.


Wednesday 29 June 2011

Islam itu indah..

salam israk mikraj

kemain bagi salam mentang puasa kan.ok bukan nak bagitau im fasting today tapi nak kabor  hujan mencurah-curah dari pagi bawak rahmat sempena israk mikraj.aicehh kemain cakap.disebabkan hari yang penuh keberkatan ni mari kita berkongsi benda-benda yang lebih berpekdah bukan setakat cerita weekend buat apa, pergi mana.

arini nak cakap pasal potong kuku ( since semalam baru potong kuku ) dan hobi juge adalah memotong kuku pantang panjang sikit nak potong sampai kena isi. memang tak cantik jangan tiru tapi yang penting bersih tak ragu2 nak jilat jari..
memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah, atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim. Anas meriwayatkan bahawa :

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari"
[Hadith Riwayat Muslim #258].
 
Secara khususnya, memang tidak ada hadith khas berkenaan dengan memotong kuku pada hari Jumaat. Secara umumnya, amalan memotong kuku ini termasuklah amalan membersihkan diri bagi persediaan solat Jumaat. Umat Islam dituntut agar membersihkan diri pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Sabda Nabi saw :-
 
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
 






ok selama ni potong kuku ikut suka hati je. then bila dah terbaca benda ni memang niat nak buat tapi malang nye selalo lupa.. nak dapat pahala free pon susah. kan lebih berkat hidup kalau ikut sunnah nabi. ok sekarang berazam mahu mengikut seperti yang dah di buat oleh nabi. sila baca dengan mood insaf dan tawaduk.


ok.take care. selamat berpuasa bagi yang puase je =)