Sunday 13 May 2012

Berhabuk sudah ( $ ___ $ )

ok. blog da jadi lain rupe nya rasa macam bertahun tak bukak. i got message from my friend cakap pe kejadah ada blog tapi tak update! private lg!! ok. sentap mak. now kobar-kobar nak update blog. haa ape korang nak tau selain perot berisi? ohooo

alhamdulillah dah dua bulan kahwin im improving myself better. contoh masak sampai suami makan tak pandang kiri tapi tak dapat tambah sebab bini masak cukup-cukup. ahaaa nasebla kan. tak nak membazir plus jaga badan konon. padahal yang naik badan si bini bukan laki  ( T ___ T )

sedang menambah barang-barang rumah ( nak elak bergema takut jiran dengar :P ) bolehla. sikit-sikit kan. betol orang cakap jangan berabis sangat masa kahwin sebab lepas kahwin definately u have to spend more unless nak menumpang kasih rumah mak. for me eager nak deco rumah dari berjalan. cukupla dulu berdating tiap minggu mengabiskan duit sekarang duduk uma diam-diam! sape nak jumpe i, datang rumah ye. wah kau ingat kau artis.huhu

i rasa bertambah rajin pas kahwin ok menangis kalau mak baca. sebenarnya terpaksa bukan nak rajin sangat. been there done that la kan. sapa lagi kau nak harap tak kan nak soh mak mertua basuh kan baju. memang annoying la. xpela mula-mula macam terpaksa then rela. #sedapkanhatisendri

luckily duduk dekat dengan rumah mak and mertua. tak perlu nak lalu highway balik kampung. boleh balik hari and jumpa selalo.thankful sangat. ( MIL slalo bagi lauk :) )  tapi untung jugak yang kahwin jauh sebab boleh sedara mara pergi menghantar jauh sikit ni pusing pusing tang tu jugak. ok da macam mak bedah bagi tarbiah. skill menulis menurun 18% sebab dah lama tak tulis blog. nanti i perah otak lagi ye. jom tengok muka bahagia!






annoying tak? haha. ok cukup lah. nanti i update gambar kahwin plak bagi korang tengok sampai muntah




thanks for reading!

Saturday 18 February 2012

Masjid ke rumah?

salam ujung minggu,

di saat - saat akhir nak majlis ni memang tak menyempat nak update blog. tapi nak share jugak something yang berguna untuk readers sekalian alam. ye macam ramai orang baca blog ko fana. ada isu berbangkit pasal nikah di masjid or di rumah. banyak pendapat pulak pasal benda ni. then i google la ape lagi. lets share ape yang i jumpa

menurut Datuk Ahmad Jusoh anggota Majlis Fatwa Perlis ,

  
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah,



Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda


tapi jangan risau yang nikah di masjid sebab penggunaan masjid sebagai tempat bernikah tidak bertentangan dengan islam dan boleh di amal kan selagi ia mengikut peraturan di tetapkan agama.


contoh :

  1. berpakaian sopan menutup aurat 
  2. menghormati masjid dengan tidak membuat bising dan bergelak ketawa
  3. perempuan di dalam haid tidak dibenarkan berada dalam masjid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

yelah kalau dalam satu kariah ada 10 pasangan pengantin jenuh jugaklah imam nak pergi satu-satu umah. lebih memudahkan lah kalau setempat kat masjid.

jelas? sebenar nya islam itu memudahkan kita. untuk mengelak kan jadi benda-benda kurang elok sebab tuh tak di saran kan menikah di masjid. mungkin niat kita dah betul tapi yang datang tu belum tentu kita dapat kawal kan. so pilihan di tangan sendiri ikut kesesuaian masing-masing. wallahualam.



thanks for reading. take care everyone :)






Saturday 4 February 2012

one step closer

salam


aish lama tak ber update blog. sibuk macam biasa. bila ada masa free malas ya amat. padahal macam-macam idea dalam kepala nak cerita. yela bila cuti sibuk nak urus hal kahwin. oh ye i nak kahwin dah bulan depan. ye bulan depan. feel dia macam tahun depan boleh? rilek tak ingat. end up last minute kelam kabut macam ribut. bila dah tinggal masa tak seberapa ni feel sedih plak pagi-pagi bila drive pergi kerja. nanti dah kahwin.dah tak lalu jalan yang sama pergi kerja. dah tak salam mak pagi-pagi. dah tak tengok tanyalah ustaz. kalau mak tak bukak haram nak nengok.

SEDIH. sebab tu tak cukup masa dok feeling je keje. huhu. mestila mak paling cool. sebab jarang bebel or bising-bising. si ehemm tu lagi kuat bebel. errr... ceritala pape kat mak sure dia cool je tak penah nak gelabah or melenting. 1 hari tuh purse i hilang bila ingat last pegang kat surau petrol pump. gelabah col mak bagito


me : mak purse orang cicirlah kt petronas

mak : oh pergi la amik balik

me   : ishh takutlah kalau orang amik

mak : tak jangan risau ada tuh


ok tu perbualan ngan mak kan. bila cerita kat ehemm tu tengok pe dia cakap


me : purse i tertinggal kat petronas lah

him : haaa camne boleh tinggal bla,bla,bla

me  : stressss


purse tu berjaya je jumpa. tapi bebelan si ehem tu tak sudah. 3 hari 3 malam dok sebut.aishhh opposite gila kan. naseb la. ( T ________ T ) goodluck la ye fana.



thanks for reading!

p/s : nak boh gambar pre wed baru amik macam gedik tak? ok. nanti kena bebel lagi.bye!

Friday 6 January 2012

obviously no title

salam








Anggap setiap saat terlalu berharga untuk risau dan fikir bukan bukan. Kerisauan membunuh jiwa

 
Prof Dr Muhaya
 
 
 
bersabarla fana

Wednesday 4 January 2012

wishlist lah sangat

salam


this is my 1st entry for 2012. rasa macam nervous plak nak taip. ye dah tahun baru. sangat sekejap masa berlalu.dulu tak pernah pon nak tulis azam tahun baru in formal way sebab tak pernah wat azam pape. konsep redah je semua. since da ada blog kan so nak tulis jugakla wishlist untuk tahun 2012 ni. esok-esok terbaca balik boleh remind diri sendiri.




1. nak pergi gym balik buang lemak-lemak yang tak patut dengan harapan dapat badan macam JLo


2. tambah duit belanja mak nanti boleh lah mak shopping kat pavilion.


3. rajin solat dhuha. bukan buat sebulan sekali je!


4. jadi manusia penyabar and tenang. no point pon marah-marah kan. tapi hampir tersasar da marah perempuan bawak kete suke-suke dia je!


5. nak jadi manusia yang ignorance. peduli hape orang cakap. im not effected by surrounding sebab ustaz cakap kita ni mudah nya terpengaruh dengan persekitaran. orang bawak laju kita nak lagi laju. huuu aku ler tuh. plus kena marah ke hape no heart feeling ye fana. nak belajar banyak sure kena marah banyak.


6. nak tambah lagi skil kerja. nenek kebaya please ajar i lebih lagi. ok memang dia bagi 1 tender buat pricing terkangkang la kau buat sorang-sorang


7. do saving more. dont buy unnecessary things. cukup la handbeg yang ada tuh even cita-cita nak beli coach tak tercapai lagi.sobsob


8. nak jadi pasangan yang lebih baik perbaiki mana yang kurang. mengalah je lah.pheww~~



ok banyak plak lah kan daripada cakap takda tadi. takpe kita buat slow-slow. jangan stress kan diri sendiri. ni part of motivation untuk diri sendiri jugak. for 2011 yang dah berlalu thanks for everythings that i had been gone through. perancangan Allah tu lebih baik dari segala nya. Moga sentiasa dalam lindungan Nya. amin



thanks for reading!