Tuesday 8 November 2011

the one and only

salam

arini rasa tak mood betol sebab apa yang di rancang tak menjadi. aish sabar je lah. kena istighfar banyak-banyak dalam hati.huuu. tapi hati rasa tersentuh plak bila tengok gambar dalam hp. ok drama sangat.  raya haji baru-baru ni, balik kampung dekat negeri sembilan. alah negeri yang baru menang bola tuh.heh..

selalo ktorang akan masak ramai-ramai kat luar rumah. ala-ala rewang. ok adaptasi jawa. tapi kali ni tak ramai yang balik. maka cucu yang sorang ni la gigih dengan wan masak kat luar guna kayu api. tabah nak menghidupkan api sebab kayu basah baru pas hujan.





susah jugak nak menghidupkan api. yang tak menyala ni cucu dia yang pemalas tu tolong wat. tapi tak menjadi even kipas nak tercabut tangan plus terbatuk-batuk dek asap.


ok wan datang hulur kan bantuan sambil mulut membebel tak perasan yang cucu dia ni snap gambar senyap-senyap. ok fine api tak nyala ko dok amik gambar plak ye.




yeay dah nyala .rendang boleh siap cepat berkat usaha wan.harap kan cucu sampi ke esok lah tak masak. huuu
thanks to wan.


i called her wan sebab tu panggilan kalau kat negeri sembilan. the only grandmother yang saya ada while others had passed away. wan sangat garang. sampai sekarang pon. tapi lagi garang masa dia muda lah. sangat pembersih. dulu bila main-main kat tanah jangan harap nak naik atas uma dia mesti kena jerit. pastu lari lintang pukang tak pon naik atas rumah senyap-senyap masa dia tido. tapi biasala nenek mane tak sayang cucu ye dak, kalau dulu kena marah ngan abah wan la datang back up.

wan pakar masak. dulu kat kampung orang selalo panggil dia masak untuk kenduri. then sangat particular dengan bahan or cara nak potong. 'biar kencang kuah tu menggelegak baru tutup api' haa tak payah masuk master chef pon ada yang kritik. sampai sekarang kalau nak masak pape dia tak hadap pon nak suruh orang lain buat lagi-lagi cucu yang sorang ni potong bawang memang potong bukan racik halus-halus.bila di tegur terus tak nak buat.huuuu~ wan memang agak laser mungkin bau-bau bacang orang melaka. sapa yang tak biasa dengan bahasa dia memang touching abis lah.

still sihat lagi tak da pape penyakit even darah tinggi  umur dah 80 lebih ok. rahsia dia? sila pilih makanan anda jangan main bedal j. banyak benda yang dia tak makan. sebab tu tak da sakit kot. plus dia selalo cerita muda-muda kerja kuat tanam padi, menoreh getah, jaga lembu. tak duduk diam. ni tak memang duduk diam je la sepanjang hari depan tb tak pon depan komputer. dia suka bercerita tapi kadang tak larat dengar sebab dah ulang banyak kali cerita tu.ohooo. tapi layan kan aje la.. dari dulu wan selalo panggil saya ina tertukar dengan ana. redho je walaupun nama da bertukar jadi ina. ina?errrr

dulu kecik-kecik tak suka dia sebab dia garang. yelah. da dok sebelah uma, tak ke muka ni jugak hari-hari wat dia marah sepah kan laman penat dia sapu. sekarang bila dah besar dah jauh rindu plak masa-masa dulu. saya sayang wan even selalo terasa hati wan perli-perli padahal dah memang tau dia macam tu. orang tua kan. dulu dia mengalah dengan kita, sekarang kita la plak mengalah. takda lah nanti bila dia dah takda baru nak terkilan tak sudah. harap wan takda kecik hati dengan saya.





thanks for reading

1 comment:

Yellow said...

mano entri baru kau jang??