hujun tahun pasti banyak lah kenduri kahwin sana sini. cuti sekolah kena grab peluang dengan harapan ramai sedara mara dapat datang. tak kan nak buat kenduri syok sendiri. tapi ada satu benda orang suka cakap bulan ni tak elok kahwin, bulan safar la muharam la. definitely i memang tak tau benda ni. Then when heard about it terus la google. kata ustaz sekarang canggih ada blog. so no more segan-segan kan. So nak share apa yang i jumpa.
“Sesungguhnya bulan-bulan di sisi hukum ALLAH ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) di dalam kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)."
(Surah At-Taubah: ayat 36)
Berkata Ibn Abbas: “…tentang ayat (Jgn kamu menzalimi diri kamu dlmnya), Dlm ke semua bulan, Allah telah memilih 4 bulan dan menjadikannya suci, menegaskan kesuciannya, berbuat dosa dlmnya adalah kesilapan yang besar dan mereka yang berbuat baik dlmnya akan digandakan kebaikannya.”
(Tafsir Al-Quranul `Azim Li Ibn Katheer)
segala kerja yang baik dan amalan kebajikan tiada halangannya untuk dibuat pada bulan Muharram, begitulah juga dengan bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah, hanya maksiat dan kezaliman saja yang dilarang lebih keras pada bulan-bulan yang lainnya. Perkahwinan mengikut pandangan Islam adalah satu amalan kebajikan bukannya amalan kezaliman dan maksiat, oleh itu tiada larangan dalam Islam untuk membuat kenduri kahwin dalam bulan Muharram.
Pada zaman Nabi saw, orang-orang Arab mengatakan bahawa berkahwin didalam bukan Syawal akan menyebabkan 'bad omen' atau tatayyur (التطيّر) ataupun mendatangkan petanda yang buruk. Nabi saw telah berkahwin dengan A'isyah ra. sepertimana yang diperkata oleh Urwah ibn Zubayr (hadith riwayat Muslim #1423] pada bulan Syawal bagi membukti kepercayaan orang-orang Arab akan 'kesialan' itu adalah palsu semata-mata
clear about it? so tak da yang tidak baik dalam bulan islam. pemahaman sesetengah orang je menjadikan benda tu tak elok. jangan risau if nak kahwin bulan safar ke syawal ke sebab nabi sendiri kahwin bulan syawal. pilih tarikh ikut kesuaian masing-masing. tak pon tanya tok kadi takut da fully booked.huuu
hope this can help u!
No comments:
Post a Comment