di saat - saat akhir nak majlis ni memang tak menyempat nak update blog. tapi nak share jugak something yang berguna untuk readers sekalian alam. ye macam ramai orang baca blog ko fana. ada isu berbangkit pasal nikah di masjid or di rumah. banyak pendapat pulak pasal benda ni. then i google la ape lagi. lets share ape yang i jumpa
menurut Datuk Ahmad Jusoh anggota Majlis Fatwa Perlis ,
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah,
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda
tapi jangan risau yang nikah di masjid sebab penggunaan masjid sebagai tempat bernikah tidak bertentangan dengan islam dan boleh di amal kan selagi ia mengikut peraturan di tetapkan agama.
contoh :
- berpakaian sopan menutup aurat
- menghormati masjid dengan tidak membuat bising dan bergelak ketawa
- perempuan di dalam haid tidak dibenarkan berada dalam masjid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.
yelah kalau dalam satu kariah ada 10 pasangan pengantin jenuh jugaklah imam nak pergi satu-satu umah. lebih memudahkan lah kalau setempat kat masjid.
jelas? sebenar nya islam itu memudahkan kita. untuk mengelak kan jadi benda-benda kurang elok sebab tuh tak di saran kan menikah di masjid. mungkin niat kita dah betul tapi yang datang tu belum tentu kita dapat kawal kan. so pilihan di tangan sendiri ikut kesesuaian masing-masing. wallahualam.
thanks for reading. take care everyone :)
thanks for reading. take care everyone :)
2 comments:
kalau nikah kat mesjid or surau pakai syeksi, mcm mano?? hikhikhiki
Jd ko choose yg mane? Aq da la free hair nnt
Post a Comment