Thursday 7 July 2011

ohhh nak puasa dah

salam,
ok ramadhan semakin hampir. alhamdulilah. haa bersyukur cepat sebab masih bersempatan nak berpuasa lagi. bila puasa ni confirm ramai yang dah terfikir makanan. makanan wajib masa berbuka kalu tak mesti rasa tak lengkap. tu belum lagi pergi bazar angkut semua makanan yang ada sampai tak cukup tangan nak pegang. ok sebenar nya bukan nak cakap pasal puasa tapi nak share baru-baru ni buat puding roti.aicehhh nak bagitau semua orang lah tuh dia masak.huhu. pe kata nanti puasa korang wat kuih sendiri.




memang senag sangat nak buat pejam mata pon boleh.ok tipu. tapi betol memang senang kalau tak mesti saya tak buat =P
Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya.. ataupun cream coklat. ikot suka korang. tapi saya buat ngan sos kastad tuh tapi diorang tak makan pon sos tuh. betapa membazir nya.sobsob mula-mula ingat tak jadi cam lembik2 ala -ala mashmallow tapi licin jugak budak-budak ni makan.




kalau ikut resipi asal ade telur tapi since tak bape nak suka telur dengan suka hati nya saya tak letak. then ikot korang lah ye nak letak ke tak 2 biji j jangan lebih2.. so siap dengan senang hati. bila balik kerja nak makan tengok dah abis. rupe nya cik bahar yang makan. tak pe nanti buat lagi i bagi u all rase ok. =) 
selamat mencuba


ok.take care. thank you for reading

No comments: