Wednesday, 27 July 2011

wordless wednesday =P

aicehhh die pon nak wordless jugak










Have a nice day everyone. ( ^ _ ^ )

Sunday, 24 July 2011

A Picture is Worth a Thousand words

assalamualaikum,

baru dapat gambar dari photographer my bro wedding aritu. suka sebab banyak pictures behind the scene yang described truly malay culture. untuk tak lupakan orang-orang kuat di belakang tabir majlis layan kan gambar-gambar ni. diorang super cute !








dan tak dilupakan gambar wajib ahli keluarga. mari kita berkenalan !

mak dan mak long ( truly kelantanese )

adik lelaki dengan ray ban pinjam kakak dia

mak jang's family

adik bongsu
ye yang bajet gorgeous si hidung kembang

semua pon cantik semua pon menarik tapi tak mampu nak upload semua. saya suka kenduri sebab boleh jumpa sedara mara. =P

thank you for reading

Friday, 22 July 2011

kerja lalalala kerja

salam

lately kerja banyak tak menentu maksud tak menentu banyak sampai meroyan. then terus rasa stress cam nak gila. alahai da keje lebih 2 tahun kot tapi still tak boleh kawal stress? what the fish...huhu. sepanjang hidup ni adalah kerja pertama saya if saya tak berhenti dari tempat ni maksud nye company ni sangat bertuah sebab saya adalah orang pertama yang jadi kan company ni the first and the last job ever.. mungkin patut buat award dengan harapan la kan.

bila ingat fas-fasa permulaan kerja aishh memang ngeri nangis tuh da sebati kot. im study building but working as QS ( quantity surveyor ) ok memang sangat related tak lah menyimpang tapi measurement adalah subjek paling di benci kot time belajar. haram jadah tak paham. tak boleh bayang langsung macam mane nak kira brick tuh. aishh time tuh tobat nak keje QS. ok sape soh tak suka memang bagi cash terus keje jadi QS.

Bila kerja sebenar nya tak susah macam belajar terus rasa nak ambik balik subjek estimating dengan harapan boleh dapat A+. ok memang beria. tu baru measurement boleh la senang hati kira. colour sane colour sini. Bahagia tak berpanjangan sebab kena wat quotation plak. ok sorting  BQ tuh ape? BQ pon kelam-kelam nak bace. lega bila senior da tolong sort kan just call for quotation. part paling tak suka sebab kena call tanya. memang kelemahan tahap dewa. kena chase diorang reply quotation cepat-cepat untuk guna buat pricing. fax BQ sampai 4x sebab diorang tak dapat - dapat. then kena marah dengan supplier, diorang refuse untuk qoute, tak da feed back. ok macam-macam hal jadi. tuh pon dah rasa stress gila. padahal tak da benda pon.

Penah rasa stress sangat sampai terbawak-bawak balik rumah tido otak jalan macam komputer. kalah CEO. di sebabkan suka fikir beria sangat jatuh sakit and the worst part is jatuh pengsan kat ofis. ok ni memang pendedahan berani mati. bila stress jadi tak lalu makan, tak boleh tido kepala pon da jadi ting tong. sakit ooo jatuh atas lantai tak berkarpet tuh. sakit satu badan.. dapat mc 3 hari j sampai hati..



kalau tanya sekarang saya stress lagi tak keje. jawapan absolutely YES! tapi tak sehebat awal-awal dulu. keje QS ni memang kena bersedia kena kerja longer working hour especially during submission tender yup saya penah tido ofis tak balik semalamam stayback sampai pagi then kena kental keje under pressure. alhamdulilah saya bersyukur sangat sebab senior-senior banyak membantu. kalau senior kerek mungkin da lama berhenti.sobsob. bab nangis belum dapat di atasi. especially bos waa yang cina tuh dia tanya je terus berderai air mata sampai dia pon tak jadi cakap banyak. keke.

yang pasti banyak lagi kena belajar sebab banyak lagi tak tau soh kira steel structure pon da ketar-ketar lutut sampai height ngan deep pon tak boleh beza.huhu. kerja memang stress kan terus rasa nak belajar balik. tapi time bonus suka je senyum sampai telinga.ciss.



ok.adik-adik jangan takut nak kerja. kerja best boleh shopping tiap-tiap bulan. pastu tengah bulan ngange sorang-sorang. =P


ok. take care. have a nice weekend. thank you for reading.

Wednesday, 20 July 2011

hati batu

salam

aish naseb baik ada blog untuk meluahkan perasaan. perasaan saya sekarang





















menyampah ya amat sejak 2 hari lepas.





p/s : nak bertapa kat gua.bye!

raya lambat lagi

salam


even rabu adelah dideclare sebagai wordless wednesday bagi blogger tapi nak tulis jugak panjang2. nak bagitau satu rahsia. saya dah pandai wat LONTONG. bayangkan dalam umur 24 tahun ni saya dah pandai wat juadah hari raya. tak ke muda sangat tuh. eloooo anak cik tipah tuh tak abis sekolah lagi dah pandai wat lontong tak kecoh pon cerita kat blog. ok fine lahhhh. terus rendah diri. ( T _ T ). dan yang paling best sebenar nya senang sangat nak buat ( patutlah anak cik tipah tu tau ). aritu kepingin nak makan terpaksa meraih simpati nenek kebaya buat kan. pastu rasa macam tak puas nak lagi. memang tak lah nak soh nenek kebaya buatkan lagi memang kena penampor laju-laju. so dengan hati yang cekal nak buat sendiri plus bantuan mak tersayang.. tenkiu mak. lebiu lahhh.

1.amik kau gambar lesung terus make sure bawang besar & udang kering ditumbuk bukan mesin


2.sayur ikut suka nak letak ape

3.ni wajib barulah name lontong jangan masuk awal2 nanti hancur

4.siap dengan jaya!
5.ketupat jangan plak lupa sampai kering air
kualiti gambar tak memberangsangkan sebab guna E72 sape ntah.ohooo. then esok nya boleh bawak bekal pergi ofis bagi kawan-kawan makan dengan harapan diorang tak sakit perot. kenapa beli kalau boleh buat sendiri =P


ok. thank you for reading

Saturday, 16 July 2011

Great day, great friend

salam


memandang ujung minggu da tiba serta merta nak update blog cepat sebelum pergi melaha lagi.. semua nya indah-indah aicehhhh.. sebelum berbahagia pagi weekend lepas sakit perot melanda. petanda soh dok uma diam-diam. tapi degil keluar jugak. tapi tak sia-sia sebab dapat kejutan. how sweet dapat buku resipi dari cik edah a.k.a mak encik bf. then buku ni memang saya suka sebab selalo amik resipi author ni kat internet mungkin cik edah bace blog ni and found out i suka masak.alolo comel nye.ok beria berangan sendiri. padahal bagi hint soh masak sedap-sedap untuk gemuk kan anak dia since kurus tak menahan.



muka bahagia dapat buku masak belum tentu lagi =P

even da dapat buku resipi belum cukup nak mengenyangkan maka melilau cari makanan.tiba-tiba request nak makan dim sum. pilihan hati restoran Mohd Chan Abdullah. first time makan kat sini dengar kata not bad jugak and memang not bad sedap even hanya makan 3 pieces dim sum. yang penting fail guna chop stick.huhu. ada varieties menu kat sini untuk di cuba. harga affordable jangan risau poket tak rabak punya.if ada yang duduk area bangi boleh cari kedai ni dekat belakang Papa Rich. btw bangi memang banyak sangat kedai makan next to Mohd Chan Abdullah ada kedai nasi arab. kalau agak-agak tak kenyang lagi boleh pergi makan kedai sebelah plak.

muka annoying dapat makan dim sum
da lupe pe nama mee ni tapi sedap malang nye tak mampu di abiskan.=(


kegembiraan berganda sebab esoknya nak jumpa kekasih hati. kawan baik saya yang kat tepi tuh. memang susah nak jumpa dia kena buat appointment 4 bulan awal.ok tipu. memandang dia akan di posting tak tau kemana so wajib jumpa takut dia tercampak kat seberang memang tak dapat jumpa la kan. memang best and super duper happy sebab dapat jumpa nadiah and mr tutt yang cool. layankan aje ktorang yang nak tengok monte carlo sah-sah cerita perempuan dengan kat sebelah encik bf resah gelisah gara-gara tgv da tukar seat wat tak selesa nak duduk kata nye.yelahhh tuh


muka excited di pagi hari



aksi-aksi tak menahan padahal beli selipar j

sedih sebab ntah bila dapat jumpa lagi. mesti pasni nadiah super duper bz. ok tak boleh mengadu domba lagi.sobsob. good luck to you jangan garang dengan patient.=)


ok.take care. thank you for reading.

p/s : tiba-tiba rasa nak pergi cameron pas tengok nenek kebaya dapat bunga.cis!

Friday, 15 July 2011

super duper meroyan

salam

macam-macam nak tulis, macm - macam nak cerita semua terbantut gara-gara Addendum.uwaaa
memang mengerikan sungguh addendum ni benda paling tak di sukai bila buat tender. buat sementara blog ni akan sunyi sepi dulu sampai addendum ni behave tak meroyan macam-macam. wait for me ok =P





da mereng wat addendum



p/s : another post bajet jeles betol dengan nenek kebaya ni boleh update blog selalo.menci

Sunday, 10 July 2011

post bajet.

sakit perot sila pergi jauh-jauh. huhu


p/s : bajet glamer lahhh tulis post pendek2.dushh!

Thursday, 7 July 2011

ohhh nak puasa dah

salam,
ok ramadhan semakin hampir. alhamdulilah. haa bersyukur cepat sebab masih bersempatan nak berpuasa lagi. bila puasa ni confirm ramai yang dah terfikir makanan. makanan wajib masa berbuka kalu tak mesti rasa tak lengkap. tu belum lagi pergi bazar angkut semua makanan yang ada sampai tak cukup tangan nak pegang. ok sebenar nya bukan nak cakap pasal puasa tapi nak share baru-baru ni buat puding roti.aicehhh nak bagitau semua orang lah tuh dia masak.huhu. pe kata nanti puasa korang wat kuih sendiri.




memang senag sangat nak buat pejam mata pon boleh.ok tipu. tapi betol memang senang kalau tak mesti saya tak buat =P
Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya.. ataupun cream coklat. ikot suka korang. tapi saya buat ngan sos kastad tuh tapi diorang tak makan pon sos tuh. betapa membazir nya.sobsob mula-mula ingat tak jadi cam lembik2 ala -ala mashmallow tapi licin jugak budak-budak ni makan.




kalau ikut resipi asal ade telur tapi since tak bape nak suka telur dengan suka hati nya saya tak letak. then ikot korang lah ye nak letak ke tak 2 biji j jangan lebih2.. so siap dengan senang hati. bila balik kerja nak makan tengok dah abis. rupe nya cik bahar yang makan. tak pe nanti buat lagi i bagi u all rase ok. =) 
selamat mencuba


ok.take care. thank you for reading

Wednesday, 6 July 2011

edisi kahwin tak sudah2

salam,

last entry ade problem, panjang yang saya mengarot kuar separuh hampa betol. tak pe this time akan di make sure entry panjang lebor. minggu lepas kami sekeluarga sangat sibuk bertungkus lumus, gara-gara kenduri sambut menantu.sulung kate nya maka banyak benda lah tak tau since first time wat kenduri kahwin. si pemalas ni pon serta merta jadi sibuk tak menang tangan jugak menolong ( jaga air muka depan orang kg.ngeh2 ). naseb baik rumah kampung luas cukup tanah nak wat kenduri kendara maka bersepah nye pon luas la kn. layankan j la gambar tak bape nak adoo ni.

merewang adalah wajib! oh jangan cari saya kat situ pasti tak jumpe.=P
saya buat! saya buat ! tang cucuk j
tuan rumah sempat lagi posing sambil tangan pegang duit
best oooooo

peace yoooo


gambar pengantin bagi kecik je.keke
OP yang sangat baik upah dia lauk sebungkus j =)

nenek saya yang cumil pon ade

semua gambar saya ambil mase da petang memang serabai gila tak da make up ape.masa tengah lawa tak da orang pon nak ambik.sobsob. btw kenduri memang penat sangat tapi best sebab boleh jumpa ramai orang yang dah lama tak jumpa plus diorang akan cakap ' farhana ke ni lawa nye da besar pon'  fokus kt lawa j lain tak nak dengar.boleh?huhu. thanks yang sudi datang sori if tak terlayan next time jumpa lagi!


thank you for reading.