Saturday, 18 February 2012

Masjid ke rumah?

salam ujung minggu,

di saat - saat akhir nak majlis ni memang tak menyempat nak update blog. tapi nak share jugak something yang berguna untuk readers sekalian alam. ye macam ramai orang baca blog ko fana. ada isu berbangkit pasal nikah di masjid or di rumah. banyak pendapat pulak pasal benda ni. then i google la ape lagi. lets share ape yang i jumpa

menurut Datuk Ahmad Jusoh anggota Majlis Fatwa Perlis ,

  
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah,



Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda


tapi jangan risau yang nikah di masjid sebab penggunaan masjid sebagai tempat bernikah tidak bertentangan dengan islam dan boleh di amal kan selagi ia mengikut peraturan di tetapkan agama.


contoh :

  1. berpakaian sopan menutup aurat 
  2. menghormati masjid dengan tidak membuat bising dan bergelak ketawa
  3. perempuan di dalam haid tidak dibenarkan berada dalam masjid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

yelah kalau dalam satu kariah ada 10 pasangan pengantin jenuh jugaklah imam nak pergi satu-satu umah. lebih memudahkan lah kalau setempat kat masjid.

jelas? sebenar nya islam itu memudahkan kita. untuk mengelak kan jadi benda-benda kurang elok sebab tuh tak di saran kan menikah di masjid. mungkin niat kita dah betul tapi yang datang tu belum tentu kita dapat kawal kan. so pilihan di tangan sendiri ikut kesesuaian masing-masing. wallahualam.



thanks for reading. take care everyone :)






Saturday, 4 February 2012

one step closer

salam


aish lama tak ber update blog. sibuk macam biasa. bila ada masa free malas ya amat. padahal macam-macam idea dalam kepala nak cerita. yela bila cuti sibuk nak urus hal kahwin. oh ye i nak kahwin dah bulan depan. ye bulan depan. feel dia macam tahun depan boleh? rilek tak ingat. end up last minute kelam kabut macam ribut. bila dah tinggal masa tak seberapa ni feel sedih plak pagi-pagi bila drive pergi kerja. nanti dah kahwin.dah tak lalu jalan yang sama pergi kerja. dah tak salam mak pagi-pagi. dah tak tengok tanyalah ustaz. kalau mak tak bukak haram nak nengok.

SEDIH. sebab tu tak cukup masa dok feeling je keje. huhu. mestila mak paling cool. sebab jarang bebel or bising-bising. si ehemm tu lagi kuat bebel. errr... ceritala pape kat mak sure dia cool je tak penah nak gelabah or melenting. 1 hari tuh purse i hilang bila ingat last pegang kat surau petrol pump. gelabah col mak bagito


me : mak purse orang cicirlah kt petronas

mak : oh pergi la amik balik

me   : ishh takutlah kalau orang amik

mak : tak jangan risau ada tuh


ok tu perbualan ngan mak kan. bila cerita kat ehemm tu tengok pe dia cakap


me : purse i tertinggal kat petronas lah

him : haaa camne boleh tinggal bla,bla,bla

me  : stressss


purse tu berjaya je jumpa. tapi bebelan si ehem tu tak sudah. 3 hari 3 malam dok sebut.aishhh opposite gila kan. naseb la. ( T ________ T ) goodluck la ye fana.



thanks for reading!

p/s : nak boh gambar pre wed baru amik macam gedik tak? ok. nanti kena bebel lagi.bye!