Monday, 30 May 2011

wedding

salam

weekend yang pendek sebab banyak benda nak dibuat dan pastilah menghadiri kenduri kahwin!! cuti sekolah memang marathon orang wat kenduri kad dapat pon sampai tak terbaca. ada yang tak sempat pergi sory my dear. sempat pergi 1 rumah j.aishhh gaya cite tak sempat macam pergi 10 buah rumah.huhu. tahniah wani & fuzaimi. memang cantik and kacak both of u.


sempat amik gmbar dengan pengantin perempuan j sebab segan nak amik gmbar atas pelamin. pengapit, juju pon gorgeous nanti boleh amik upah jadi pengapit lagi..

nak wish selamat pengantin baru jugak kt nana  my housemate sedih sebab tak dapat datang tapi nana memang cantik baju kamu lawa nana.suke!!!!!



credit to juli for this picture

balik singgah putrajaya melilau tengok hari belia memang super panas tapi bukan penghalang nak amik gambar.

buat nana & pasangan my roomate masa matrix, and atiqah my schoolmate..tahniah seribu kali sori tak dapat datang.kesimpulan , pengantin memang muka berseri2 lebih dari hari biasa definately la kan bila perkahwinan direstui keluarga dan kawan2 datang bagi sokongan..memang best. kamu semua cantik & semoga berbahagia hingga ke anak cucu.



p/s : entry ni saya tulis laju2.huhu

Monday, 23 May 2011

Girl things

salam

oh such a great weekend i had yesterday..jumpa kawan-kawan lama. berdebor dia macam nak pergi first date. pikir nak cakap ape, nak pakai baju ape wah kemain macam artis nak jumpa peminat. sebab dah lama tak jumpa jadi segan tak menahan. padahal bila dah jumpa tak da pon semua tuh gaya cam ari2 jumpa gosip tu ini. ilang terus malu ke apa. yang paling penting bergambar adalah harus. then kami pon macam makcik2 kat uma terkinja-kinja nak pergi tengok NUR KASIH THE MOVIE. di sebabkan ramai kata best, feeling abis, tak nak kalah nak nangis jugak so pergi lah tengok.



Hmm nak tau best ke tak? boleh lah. ok komen memang tak menaikkan semangat orang nak pergi tengok. macam dalam drama jugak cerita dia tak berubah banyak tapi dah di tambah scene2 yang menarik kt jordan yang memang cantik. kawasan padang pasir and senibina dia memang awesome. Then kali ni tudung nur cantik banyak sikit dari drama maybe sebab kali ni Ariani taja. memang ada babak2 yang sedih tapi baru nak feeling dah beralih scene oh potong!. Kesimpulan, saya tak nangis tp filem ni not bad memang menusuk kalbu kalau di hayati..sobsob.. Then sambung gosip dengan kawan- kawan part paling penting.

oh saya memang selekeh cite je beria. hepi dengar cite kawan2. each of them have a great life great job. Hanis da jadi lawyer, farahin and bai accountant.. mak jadi kuli je.uwaaaaa. ok tak payah melampau sangat.
happy for them jangan lupa belanja, chillis pon ok. then bila diorang cite stress keja sampai kurus, si baju merah tuh a.k.a farhana ( bkn nama sebenar ) beria bagi nasihat macam da sepuluh tahun keje.padahal dia pon keje sampai nangis2. ok kawan2 jangan stress2 nanti kita dating lagi.


ok tamak nak jugak letak gambar sorang2. kesimpulan dia saya dah lama tak keluar dengan kawan2 gaya macam da kahwin anak 3. macam mana nanti da kahwin sure lost contact. sedih2. tiba2 rasa tak nak kahwin lagi. tangguh 2 tahun lagi boleh? ok sebelum mak mertua baca baik stop kat sini.bye!



take care =p

Thursday, 19 May 2011

Deco dan deco dan deco

hiii

membayangkan akan menghias umah sendiri tak lama lagi a.k.a akan kahwin maka berangan la sorang2. berangan kan free so jom berangan bersama-sama. layannnnn.. ok nampak sangat tak da motif nak menulis tapi nak merapu lebih. sedang berangan2 menghias umh sendiri bersama suami trcinta ahh gedix sangat padahal mak terjerit2 soh kemas umah pon tak terbuat lagi.. feel dia lain kn..kn.. ok, nanti saya nak bilik tido macam ni supaya tido tak bangun2 tak pon sampai laki tak kuar umah.hahaha


kan simple j tak nak serabut sangat supaya senang nak kemas tambah diri sendiri tak berapa nak rajin. yang, lebih cat luar rumah cat bilik ni skali ok..jimat! sidia : pengsan. luar umah kelabu dah dalam pon kelabu lagi memang masuk umah trus kelam. Then ruang makan i choose this


nak cermin full supaya sambil makan boleh tengok diri sendiri plus cermin boleh bagi impak luas mata memandang. simple kan tapi yang ni pon ok. tak perlu beria baru kahwin kerusi makan nak sampai 8 orang the rest sapa nak duduk?


yang ni pon ok still ada cermin and hiasan yang simple. kalau sedara mara datang kita angkat meja letak tepi then duduk bersila kat bawah pon ok what.. baru lah meriah. make sure makan tak comot2 nanti tumpah kat karpet i..=p

ruang yang paling penting seisi keluarga berkumpul plus tempat pertama akan di lihat ialah ruang tamu. masuk2 rumah sure nampak ruang tamu dulu. so orang akan bagi first impression kat rumah kita melalui ruang tu lah.. sebelum si polan datang brsoksek kat belakang make sure ruang tamu jd mcam ni dulu


tapi nak tambah karpet bulu2 supaya boleh guling-guling sambil tengok tv. kerusi tak payah leather.nanti anak conteng.(aishh tak menahan cakap pasal anak kahwin pon belum). tengok kelabu lagi kelam sungguh. ok lah tukar amik yang ni je lah confirm awal2 kahwin pakai tv kotak kan..huhu


berangan lebih kahwin pon belum. tapi perasan tak, tak da pon ruang dapur.hahaha nampak sangat tak berminat. ohh bukan2 sebab saya minat masak ruang dapur lah yang penting. akan buat entri khas untuk kamu wahai dapur ku sayang. nantikannnn.. thank en google untuk semua images di atas. aishhh kau nak kahwin farhana bek fikir camne nak hias bilik pengantin ada baik nya.nantilah feel tak datang lagi =p



tc =)

Sunday, 15 May 2011

Super rajin

salam ujung minggu,

aish nak berakhir dah hujung minggu sedih sebab tak keluar kemana-mana encik bf sibuk mengecat rumah lagi.bukan tak nak pergi menolong tapi tak manis ok berdua-duan dalam rumah tuh. good reason supaya tak payah menolong.=p

maka ujung minggu berakhir di rumah je. saya memang psiko kalau dok uma so mula berfikir macam2 nak buat apa. of course i choose to cook. tu je bakat yang boleh dibanggakan yang lain memang fail. so meng'google' untuk cari resipi. then terjumpa resipi  ayam 3 rasa

Credit to mesra.net Resipi.memandang kan resipi tuh menepati bahan-bahan yang ada kat umah so kita layannnnnkn j..campak sana campak sini siap!!! tapi saya tak ikot sebijik2 resipi tuh ikot sesuka hati saya.macam nyanyi kita kena bawak dengan cara kita sendiri. cewahhh mentang2 baru pas tengok af.huhu. tapi bagi saya masak ni tak susah sangat kot means kita boleh buat ikot citarasa kita sendiri. sekarang lagi lah just click sana click sini jumpa dah resipi yang kita nak. sangat berbeza ngan mak2 kita dulu kena dok kat dapur dengar camne nak wat. So tak malu sangat la kan. tak sedap?? belakang kira effort tuh penting ok.. sudahlahhh pandai cakap padahal bila kena kutuk merajuk tak nak masak dah.ishh. cita beria mane bukti masak.tunjuk la kalau berani


taraaa banyak kan. di sebabkan nafsu makan membuak2 nasi sahaja tak cukup. kepingin nak makan mee sup. jangan terkejot sangat saya memang kuat makan. disebabkan mak tak da tok merengek2 mintak itu ini terpaksalah wat sendiri.. ilmu di dada adelah sikit2 so belasah j. siap dengan pantas and makan pon dengan pantas. senangkan.sila lah puji untung kan sidia..( errr perasan lebih ). gambar tak banyak thats why kena combine kan j bagi ilusi mengiurkan kat korang.. kesimpulan dia kenyang perot senang hati.


take care   =)


Saturday, 14 May 2011

awesome

Salam

Pagi-pagi dah rasa tak sihat flu + sakit kepala kesan tak boleh tido..jerebu sedang melanda lari selamatkan diri!!!.sila lah minum air banyak2 sampai tak terminum kalau nak sihat musim jerebu ni.. oh sebenar nak share saya baru beli voucher kt Groupon Malaysia. 

Super excited sebab first time beli deal2 macam ni.Super murah. Tapi deal yang saya beli ni da sampai limit so korang tak boleh beli dah but there still another deals yang awesome. Why dont u go to their website or like on their facebook then you will get update on the latest deal. ok enjoy it  & make a right decision ok!!!

Hate that

Salam

Saya tak suka lelaki rambut panjang..oh tiba-tiba tanpa rasa belas keluar kenyataan camtu..lelaki diluar yang berambut panjang jangan pi serang saya.=p setiap orang ade stail tersendiri admit that cuma citarasa saya lebih kepada lelaki berambut pendek lagi afdal botak. Botak kan seksi u all..then kemas boleh avoid dandruff yang most of the guy having it kalau jenis malas tak proper jaga rambut. Tapi kagum dengan lelaki yang berambut panjang, rambut depa cantik lagi dari perempuan.ok mane satu kau suka ni kejap panjang kejap pendek.ok saya pilih pendek.. selebriti pilihan a.k.a pujaan Beckham. oh man u memang kacak with your hairstyles tak kisah lah macam mane pon.

oh man - google image
Beckham mendahului carta melebihi orang lain..yang pasti botak tetap menjadi pujaan cuma part jambang tuh tak berapa minat. tapi malang nya sidia never ever membotak kan kepala dia..pantang tok nenek kata nya. Oh sedih.. dan bertambah susah hati bila dia sangat berminat dan hampir untuk membela rambut dia sampai panjang. Honey, please botak once then u boleh bela rambut panjang once. good deal??? tau tak banyak kos simpan rambut panjang ni kena beli minyak rambut tiap bulan kalau pakai minyak baby tak pe, ni loreal bagai. Shampoo + conditioner lagi dalam kuantiti yang banyak.tu belum gugur sane gugur sini. ok banyak lah rungutan kan kalau dah tak suka..


tengok nak makan pon rambut menggangu penumpuan.kesimpulan tak suka,tak suka.Tapi ni kira ok lagi kot. tak pe, i bagi u peluang. nanti botak eh =)




ok..take care =p

Tuesday, 3 May 2011

Annoying

Salam...


Back to work after long weekend memang mengundang rasa malas melampau..eh ape kau tulis ni berbelit-belit..disebabkan weekend yang panjang mesti lah banyak nak cerita kan. NO!! korang silap sebab tak da ape nak diceritakan.huhu. Tapi kali ni nak cerita pasal sesetengah mulut manusia yang cakap main lepas. Buat orang malu dan terasa hati eloo mestila terasa bukan hati batu.

ok kes yang pertama, sesetengah orang bila jumpa orang tak cantik kulit problem slumber je sound " eh teruknya kulit kau ni" haaa ini kes2 makcik2 yang da lama tak jumpa anak buah tu je yang diorg perasan. Saya penah rasa dulu tu pon zaman blaja jerawat haruslah bertepek kat muka tapi belum tahap berlubang2..tu pon nak jadikan isu. Baru-baru ni sepupu saya datang berubat sebab muka dia problem ada jugak mulut yang nak cakap lepas.. bayangkan da bape kali ditegur macam tuh mestilah malu..sensitiflah sikit perasan orang cuba letak kn diri sendri kat tempat dia ntah-ntah dah melayang tangan pi lempang orang yang sound tuh. Saya yang kat tepi dia pon da terasa rasa nak tarik tangan dia laju-laju dan blah. Pe kata guna perkataan lebih berlapik macam " acik ade kawan muka problem jugak tapi dia pakai produk ni bla,bla ok.nak try?" ( ke terasa jgk?huhu). Saya tau kadang2 manusia ni terlepas cakap tapi kena sensitifkan jgk dengan persekitaran..remind myself too.

kes kedua..wah da mcm kes polis plak.nak menegur tapi tak bertempat.Memang diharuskan kita sebagai masyarakat or dalam keluarga nak menegur mana salah mana betul sangat di galak kan. Tapi boleh tak kalau medium tuh lebih manis dan tak memalukan orang.. contoh si A tak pakai baju kurung pergi beraya tak payahla melenting marah cakap bukan2.Then bila sampai event tuh most of them tak pakai baju kurung pon.dah malu diri sendiri nak sound orang tak tentu pasal.Tapi memang ada orang yang macam tuh mulut laser tak menahan tapi hati diorg baik je sebenarnya..tapi-tapi!! saya masih tak boleh terima. elooo dah besar2 macam ni nak kena sound depan orang memang hati panasss..ohhhh si A tuh saya k?ohoooo it can be anyone.=p

Berhutang tapi marah si pemiutang. ni lagi satu kes.manusia dengan hutang memang tak dapat di pisahkan tapi kalau tak menyusahkan orang lain tak pe. Lagi worse kalau si penghutang sedara sendiri.kalau dah melibatkan sedara sendiri memang bertambah sensitif lahhhh. pemiutang plak yang terpaksa segan silu nak mintak duit silap2 ada yang kena sound plak.Sound tuh nak depan orang plak.terbek! ok macam ni senang je kalau hutang bayar je.. tak da duit??? gadaikan lah barang2 yang dah beli tuh.. ikot kemampuan boleh? ohhh nak guna konsep biar papa asal bergaya..boleh jalannnnnnnnnnnnn!!! ( sape yg sy hutang halalkan ek.=p)

ok last dah.. selalo nya kita akan cakap bukan2 masa marah ye termasuk saya. bertambah teruk bila orang tuh jenis cepat marah.ye saya jugak.. So perkataan yang keluar masa tuh sangat pedas macam makan megi kari berapi. Then tak sedar dah cakap tak sepatutnya..( tp saya sedar j =P).Ye tak malu mengaku yang saya  ni cepat marah. Sebab tuh kalau marah suka diam diri . tak lah menyakitkan hati orang len trutama orang2 tersayang disisi..Lg satu beristighfar banyak2, saya ada buat boleh, jugak kurangkn rasa marah tuh tapi masih belum cukup hebat mungkin tak cukup banyak lagi zikir. tapi2 saya marah tak lama tapi still tak bagus jugak.huhu. So dengan rendah diri sapa yang pernah terasa dengan saya, I AM SORRY ( terbyg mke amir raja lawak) ciss sempat lagi.



main ngan mia lagi bagus



ok tc..da ~~