Saturday 29 October 2011

rojak punya cerita

salam

orang sibuk tengok bola tapi saya sibuk mengedit blog sambil tengok master chef malaysia. yang pasti mestila sokong HOBIN JANG HOBIN.. ehem tu pergi tengok plak kan. kalau kalah boleh booo dia.. tak suka tengok bola paham tak, lama nak tunggu abis pastu cuak dia kalah rasa masa nak akad nikah. ok bila masa plak kahwin. tipu. tapi yang pasti tak sanggup tunggu nak tau result je. boleh?

tapi-tapi kadang-kadang kena korban kan apa yang kita tak suka untuk partner kita lah. fine pas tengok bola u teman i shopping tak kesah uptown pon sebab shopping mall dah tutup.ok ayat memang memeras ugut. adik-adik di larang guna.ok topik malam ni marilah kita berkorban sempena raya korban ni.dush!

sebenar nya nak cakap dalam relationship tuh kena la tolak ansur. macam dia sokong kita , kita sokong dia tapi dalam hati mintak balasan.hahaha memang kejam. tapi kalau lebih ke belah dia macam mane? pe lagi blah lah.ohoo. jangan pergi dulu usaha lah sikit. macam puji dia ' u know what u je yang nak datang tengok i main futsal kawan i bf dia semua tak nak pergi sebab malu dengan budak ofis' ( padahal baru je nak ajak dia temankan ) terus berkobar-kobar dia nak pergi. puji-puji sikit bagi cair.

tak berkesan langsung? hmm buat benda-benda yang dia suka contoh ' i ingat nak ajak mak u makan lah ur mum suka seafood kan ada restoran ni best kawan i cakap. mak u mesti suka' ( dalam hati sendiri yang teringin nak makan =P ) aishh kalau dah sebut mak tuh mestila si dia suka kan.sebab selama ni bila tau nak jumpa mak si dia selalu mengelak konon tak sedia sangat lahhhh.ciss! then bila kita beli pape or pergi mane-mane belikan lah something untuk mak si dia manjang makcik tu je yang bagi macam-macam memang nampak sangat kedekut tuh. bila si dia tengok sure sejuk je hati. memang i sayang u lebih lahhh.aicehhh

tapi dia tak penah bawak jumpa mak dia pon..what? aishh parah ni. tak pe baru kenal tak payah lah beria terus bawak jumpa mak kan tapi kalau da 4,5 tahun bercinta memang melampau tak pon mak dia ada somewhere yang tak dapat di kesan. ( kalau lah boleh fikir positif camtu.huuu ) mungkin belum sedia nak ke tahap seterusnya and kita je tangkap cintan sorang-sorang. tak pe buat pilihan yang tepat sebab kamu yang rasa kamu yang tau. ok fine sebenar nya nak cakap apa.its a random writing.tulis apa yang ada dalam kepala..sobsob

sesetengah orang boleh tunjuk diorang punya feeling in public bukan nak show off tapi dia punya suka la kan. tapi ada yang choose to be silent antara kita tau sudah lahhh. malu ok. ( thats me ). yelah macam rasa tak da pape lagi cam beria je.. bayangkan kalau mak baca kt fb. blushing 4hari 4malam.

kalau boleh memang nak avoid reveal gambar-gambar gedik ngan pasangan ni tapi atas permintaan saya letak satu yeee sebab kami sedang menuju ke arah itu.doa kan! ( ehemm jangan marah eh =) )













letak kecik je kalau gambar orang lain nak letak besar-besar plak.heh! ok la tuh dari tak da.



thanks for reading.

Wednesday 26 October 2011

Life as we knew it

salam


sekarang nisbah update blog sebulan belum tentu sekali. dulu masa baru tulis blog brkobar-kobar nak cerita macam-macam. sekarang haram. huhu. banyak benda menghalang even macam-macam benda nak mengarut. malam ni tak boleh tido gara-gara bunyi mercun tak berhenti macam malam merdeka. Raya kata nya. tak pela 1 Malaysia kan.redho je lah.

mood sekarang rasa down..perlukan kata-kata semangat.aiceh serius sangat ni. well hidup tak selalu happy ye dak. biasala ups and downs. yaaa He's know better. Hope im in the right path and in YOUR guidance.




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 


"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

 
 






Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "
(Hadis riwayat Imam Bukhari).